Malaysia Oversight

DJI Osmo Nano Dilancarkan Dengan Kemampuan Rakaman 4K 120FPS – Harga Bermula RM 1229

By Amanz in September 24, 2025 – Reading time 2 minute
DJI Osmo Nano Dilancarkan Dengan Kemampuan Rakaman 4K 120FPS – Harga Bermula RM 1229


DJI Osmo Nano Dilancarkan Dengan Kemampuan Rakaman 4K 120FPS – Harga Bermula RM 1229

September 24, 2025
Fotografi

Effi Saharudin

DJI dahulunya lebih dikenali sebagai pengeluar dron kemudian mikrofon mini dan kini pengeluar kamera mini yang cukup berkuasa. Semalam mereka melancarkan pula DJI Osmo Nano yang merupakan kamera kerdil yang ringan tetapi boleh melalukan rakaman video sehingga 4K 120FPS.

DJI Osmo Nano C

Ia terdiri daripada kamera yang hanya sebesar 52gram dengan di dilengkapi sensor 1/1.3″ CMOS yang dipadankan dengan lensa sudut lebar 143°. Bahagian kamera melepasi piawaian boleh dibawa menyelam sehingga kedalaman sehingga 10 meter.

Selain rakaman gerak perlahan 120FPS kamera juga menyokong rakaman 4K 60PFS dalam pilihan mod 10-bit dan D-Log M. Seperti kamera DJI yang lain, ciri RockSteady 3.0 dan HorizonBalancing turut disertakan secara terbina. Terdapat juga rakaman video secara menegak untuk kandungan media sosial seperti TikTok.

DJI Osmo Nano B

Setiap kamera ditawarkan dengan pilihan storan 64GB atau 128GB dengan ia boleh ditambah sehingga 1TB menggunakan kad mircoSD. Bateri 520mAh boleh menawarkan rakaman video sehingga 90 minit dalam mod FHD dan meningkat ke 200 minit jika dipasang pada dermaga yang mempunai bateri tambahan 1300mAh.

DJI Osmo Nano A

Bahagian dermaga pula seberat 72g dengan skrin 1.96″ LCD yang membolehkan rakaman dipantau dari jarak jauh dan juga berfungsi sebagai alat kawalan jauh. Dermaga juga menjadi hab penghantaran fail secara nirwayar. Tidak seperti kamera, dermaga hanya melepasi piawaian IPX4. DJI menawarkan cagak khas untuk topi dan juga klip pada baju untuk rakaman video aksi.

DJI Osmo Nano dijual pada harga RM 1229 untuk model 65GB dan RM 1409 untuk model 128GB.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link