Malaysia Oversight

WhatsApp Membangunkan Ciri Membisukan “Mention” Semua Orang Dalam Kumpulan

By Amanz in September 23, 2025 – Reading time 1 minute
WhatsApp Membangunkan Ciri Membisukan “Mention” Semua Orang Dalam Kumpulan


WhatsApp Membangunkan Ciri Membisukan “Mention” Semua Orang Dalam Kumpulan

September 23, 2025
Aplikasi

Amy Maizuraa

WhatsApp sedang membangunkan ciri baharu yang membolehkan pengguna membisukan sebutan “semua orang” (mention everyone) dalam perbualan kumpulan.

Ciri ini memberi kawalan tambahan kepada pengguna terhadap notifikasi yang diterima sama ada ingin terus menerima makluman penting atau memilih untuk mengelakkan gangguan sepenuhnya. Pilihan ini akan tersedia dalam tetapan notifikasi dan dijangka diperkenalkan dalam kemas kini akan datang.

Mute everyone 1

Sebelum ini, mana-mana ahli kumpulan boleh menggunakan ciri “mention everyone” tanpa perlu menjadi pentadbir (admin). Ini membolehkan setiap peserta menghantar pemberitahuan kepada seluruh ahli kumpulan dengan satu tag sahaja. Walaupun ia memudahkan komunikasi, penggunaan berlebihan boleh menyebabkan gangguan dan ketidakselesaan dalam kalangan ahli.

Sebagai langkah penyelesaian, WhatsApp memperkenalkan ciri kawalan ini bagi membolehkan pengguna menyesuaikan pengalaman mereka mengikut keperluan masing-masing. Maklumat lanjut mengenai ciri ini hanya akan dikongsi sebaik sahaja ia tersedia kelak.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link