Malaysia Oversight

Flotila Global Sumud hampir masuk perairan Greece

By MkiniBM in September 23, 2025 – Reading time 2 minute
Flotila Global Sumud hampir masuk perairan Greece


Pelayaran fasa kedua konvoi Global Sumud Flotilla (GSF) memasuki hari kelima apabila 38 bot yang terbabit kini menghampiri perairan Greece dan akan bergerak ke zon kuning yang berada kira-kira 300 kilometer (km) dari pantai Gaza.

Pengarah Media Muslim Care Malaysia, Tuan Asri Tuan Hussein, yang turut serta dalam misi berkenaan berkata, setakat jam 8.45 pagi waktu tempatan (Laut Mediterranean), flotila itu sudah semakin hampir dengan laluan kritikal yang ditetapkan pihak penganjur.

“Selepas ini kami akan memasuki perairan antarabangsa berhampiran Greece.

“Dari situ, kami menuju ke zon kuning, jaraknya 300km dari Gaza, manakala zon merah pula berada 100km dari pantai berkenaan.

“Kedua-dua zon berkenaan sering menjadi lokasi pemintasan,” katanya ketika dihubungi Bernama.

bf14d883ed73cc25d4c6b18c84b9da02

Dia berkata setiap peserta perlu lebih bersiap siaga sebaik flotila memasuki zon tersebut berikutan kemungkinan berdepan gangguan internet serta ancaman dron pengintip.

Menurut Tuan Asri, pada malam sebelumnya dua dron dipercayai milik pihak pemerhati atau dari Israel dilihat berlegar berhampiran bot dinaikinya, Fair Lady, yang turut membawa aktivis dan personaliti media sosial Nurfarahin Romli atau lebih dikenali sebagai Farah Lee.

“Sejak pagi tadi, bot bergerak amat perlahan kerana keadaan laut yang tenang tanpa angin.

“Ketika ini, kami mengambil peluang untuk melakukan kerja pembersihan, membaiki kerosakan dan mengisi minyak dari bot besar sementara menunggu arahan lanjut,” katanya.

afc21f463fa8323d155b2a9f6a486a0b

Pelayaran GSF membawa makanan, ubat-ubatan dan mesej keamanan itu dijadual tiba di perairan Gaza hujung bulan ini. Ia membabitkan penyertaan antarabangsa dari Eropah, Asia, Afrika Selatan, Amerika Latin dan Timur Tengah.

Pelayaran keamanan GSF diharap mampu menarik perhatian seluruh dunia untuk memberi tekanan kepada Israel sehingga genosid terhadap Gaza dihentikan dan bantuan kemanusiaan dibenarkan masuk.

Semua sukarelawan Malaysia berada di bawah panji Sumud Nusantara, diketuai Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman.

Perdana Menteri Ibrahim adalah penaung Sumud Nusantara yang melibatkan Malaysia, Indonesia, Pakistan, Bangladesh, Sri Lanka, Maldives, Filipina dan Thailand.

menerusi hantaran di Facebook semalam menzahirkan doa daripada masyarakat Malaysia untuk mengiringi misi berkenaan, yang diharap dapat membawa sinar harapan kepada penduduk Gaza serta menjadi saksi kepada kesatuan nurani kemanusiaan sejagat.

Bernama



Source link