Malaysia Oversight

Taufan Ragasa badai Laut China Selatan

By MkiniBM in September 23, 2025 – Reading time 2 minute
Taufan Ragasa badai Laut China Selatan


GLOBAL l Taufan Super Ragasa menyebabkan gangguan besar penerbangan di seluruh Asia ketika ia membadai Laut Selatan dengan syarikat penerbangan Hong Kong, Cathay Pacific pada Selasa memaklumkan lebih 500 penerbangan dibatalkan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Syarikat penerbangan lain turut membatalkan banyak penerbangan, dengan impak paling teruk terhadap perjalanan udara dijangka pada Rabu.

f48edd8e3562e3934585117c51a88bc6

Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong, hab utama bagi penerbangan ke seluruh Asia serta ke Australia dan New Zealand secara teknikalnya akan terus beroperasi semasa ribut itu.

Namun, pegawai lapangan terbang memberi amaran mengenai “gangguan besar” terhadap operasi penerbangan dan menasihatkan penumpang menyemak status penerbangan terus dengan syarikat penerbangan.

Satu kawasan khas turut disediakan di lapangan terbang itu untuk menempatkan penumpang yang terkandas.

Pihak berkuasa di wilayah Fujian, Guangdong dan Hainan di telah mengeluarkan amaran taufan tertinggi berikutan kebimbangan terhadap potensi impak ribut itu yang melangkaui sektor penerbangan.

1bea5bd277a592f0853ede4a2dffdc67

Agensi cuaca kebangsaan meramalkan Ragasa akan mendarat di Guangdong pada Rabu sebelum bergerak ke arah barat di sepanjang pantai dan beransur lemah.

Pada Selasa, ribut itu yang bergerak pada kelajuan 20 hingga 25 kilometer (km) sejam ke arah China, membawa angin kencang sekitar 200 km/j, dengan tiupan angin yang jauh lebih kencang.

Ragasa ialah taufan ke-18 dalam musim Pasifik dan ketika ini dikategorikan sebagai taufan super, iaitu kategori paling kuat.

Ragasa sebelum ini melanda Taiwan dengan hujan lebat dan membadai utara Filipina pada Isnin.

Pihak berkuasa Filipina melaporkan sekurang-kurangnya seorang dan kira-kira 25,000 penduduk terpaksa meninggalkan kediaman mereka, manakala sekolah serta pejabat ditutup.

Taiwan pula melaporkan 25 kecederaan berkaitan ribut antara Isnin dan Selasa.

– Bernama-dpa



Source link