Malaysia Oversight

Gemini Kini Boleh Diakses Menerusi Google TV

By Amanz in September 23, 2025 – Reading time 1 minute
Gemini Kini Boleh Diakses Menerusi Google TV


Gemini Kini Boleh Diakses Menerusi Google TV

September 23, 2025
Google

Effi Saharudin

Gemini kini secara rasmi boleh diakses menerusi Google TV menerusi kemas kini. Ia akan menggantikan Assistant sebagai pembantu maya pada sistem operasi televisyen pintar ini. Selain boleh digunakan untuk mengawal beberapa fungsi TV menggunakan suara, Gemini turut boleh memberikan sarangan kandungan yang boleh ditonton dan melakukan perbualan dua hala dengan pengguna.

Gemini for Google TV

Arahan lain yang boleh diberikan ialah memberikan saranan video berdasarkan kesesuaian menonton dengan keluarga. Meminta Gemini untuk memberikan senarai main video YouTube untuk topik mata pelajaran anak atau memintanya untuk memberikan rangkuman musim terdahulu siri TV yang ingin distrim.

Hari ini ia ditawarkan pada siri TV TCL QM9K sebelum dikembangkan kepada kotak TC Google TV Streamer 4K serta beberaa model TV keluaran Hisense dan TCL. Sedikit mengecewakan Google tidak menyatakan sama ada Gemini akan ditawarkan ke Chromecast for Google TV.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link