TikTok Kini Menggunakan AI Dalam Memaklumkan Berkenaan Topik Sesuatu TikTok Live Yang Sedang Berlangsung
September 23, 2025
Aplikasi
Aman
TikTok kini mula memperkenalkan integrasi kecerdasan buatan pada siaran langsung, sekaligus memudahkan pengguna yang menggunakan aplikasi berkenaan ketahui akan apakah topik perbualan sesuatu siaran langsung melalui TikTok Live berkenaan.

Melalui integrasi ini, sebuah kotak teks diperlihatkan sementara pada bahagian bawah TikTok Live ketika anda sedang tatal. Integrasi AI turut boleh mengenal-pasti pelbagai topik tanpa mengira bahasa.
Ciri ini dilihat ditawarkan secara berperingkat kepada semua pengguna TikTok di Malaysia. Tiada sebarang pengaktifan perlu dilakukan pada bahagian pengguna untuk menggunakannya.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






