Malaysia Oversight

Ajinomoto ketengah penyelesaian makanan moden

By Utusan in September 23, 2025 – Reading time 2 minute
Ajinomoto ketengah penyelesaian makanan moden


PETALING JAYA: Ajinomoto (Malaysia) Berhad menggabungkan inovasi dengan cita rasa asli bagi mengetengahkan penyelesaian makanan moden di Food & Hospitality Malaysia (FHM) 2025 ke-18 dari 23 hingga 26 September 2025 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Ajinomoto berkata, pihaknya mempamerkan pelbagai produk dan aplikasi yang direka untuk memudahkan masakan tanpa menjejaskan cita rasa asli dengan berpegang teguh pada matlamat bersama, kita mengangkat rasa dan inovasi ke persada dunia.

Menurutnya, pengunjung berpeluang menyaksikan demonstrasi memasak secara langsung dan menyertai sesi interaktif.

“Sesi itu mempamerkan bagaimana penyelesaian Ajinomoto membantu cef, profesional perkhidmatan makanan dan perniagaan menambah baik ciptaan mereka dengan lebih mudah sambil mengekalkan tradisi.

“Selain itu, di Dewan 1, Gerai 1603, dari jam 10 pagi hingga 6 petang, pengunjung berpeluang menikmati pengalaman unik yang menggabungkan rasa, kreativiti dan inspirasi.

“Kemuncak pameran ini pula ialah “Makanan Warisan Malaysia,” di mana produk-produk Ajinomoto, termasuk Stok Ayam TUMIX, Perencah Campuran Istimewa AJI-MIX, AJI-NO-MOTO, AJI-NO-MOTO PLUS, Serbuk Perasa Limau Nipis “AJINOMOTO”, “AJINOMOTO” Gyoza, Allezi Meat Juicy Up dan perencah SERI-AJI” telah diolah menjadi hidangan istimewa.

“Ia dijadikan seperti Nasi Herba Aromatik, Limeade dan Teh Hitam Limau, Sup Cendawan, Gyoza Jepun asli dan Nasi Goreng Kari, sekali gus menyerlahkan komitmen syarikat terhadap inovasi sambil mengekalkan cita rasa warisan yang digemari rakyat Malaysia,” katanya dalam kenyataan.

Dengan tema “Memupuk Penyelesaian untuk Industri Makanan dan Hospitaliti,” FHM 2025 menyediakan pentas sempurna untuk Ajinomoto menonjolkan peranannya sebagai rakan kongsi yang dipercayai dalam sektor perkhidmatan makanan.

Selain menawarkan produk berkualiti, syarikat kekal komited menangani cabaran industri, memberi inspirasi kepada kreativiti, dan memupuk kerjasama bermakna merentas ekosistem makanan dan hospitaliti yang bertenaga.

Sebagai pameran perdagangan dwitahunan terbesar Malaysia bagi industri makanan, minuman, hotel, restoran, dan perkhidmatan makanan, FHM menghimpunkan pemain terkemuka tempatan dan antarabangsa.

Sehubungan itu, Ajinomoto menganggap ia lebih daripada sekadar pameran, namun platform untuk berkongsi inovasi, mengukuhkan perkongsian dan membentuk masa depan industri makanan di Malaysia dan seterusnya. – UTUSAN





Source link