Malaysia Oversight

Cadangan ketua polis Kelantan isu rogol statutori pandangan peribadi

By TheSun in September 23, 2025 – Reading time 1 minute
Cadangan ketua polis Kelantan isu rogol statutori pandangan peribadi


: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyifatkan cadangan Ketua Polis Datuk Mohd Yusoff Mamat berhubung tindakan terhadap pelaku jenayah seksual bawah umur dengan kerelaan sebagai pandangan peribadi.

Beliau berkata cadangan itu adalah berdasarkan angka dan statistik kes tersebut di .

“Itu pendapat beliau… belum sampai masanya untuk saya bagi komen apa-apa… Mohd Yusoff bagi pandangan berasaskan kepada angka-angka yang berlaku di ,” katanya ketika ditemui media selepas melakukan tinjauan di kaunter Jabatan Pendaftaran Negara sempena hari pertama penggantian cip MyKad rosak percuma.

Ketua Polis Kelantan itu telah mencadangkan agar satu perbincangan diadakan mengenai isu kes rogol “suka sama suka” supaya tindakan diambil kepada pasangan terbabit dan bukan hanya terhadap pihak lelaki.

Saifuddin Nasution turut membidas tindakan segelintir pihak termasuk kumpulan hak asasi manusia yang mengeluarkan kenyataan mengecam cadangan Mohd Yusoff.

“Polis luka, kena baling serpihan batu, senyap, sepi… tak ada satu ulasan pun daripada kumpulan ini… nak jadi pejuang hak asasi ini, kena jadi semua,” katanya. – Bernama



Source link