Malaysia Oversight

Kelak, Penumpang Rapid Rail Boleh Tahu Gerabak Mana Yang Penuh Dan Kosong Secara Masa-Nyata Sebelum Ketibaan Tren

By Amanz in September 23, 2025 – Reading time 1 minute
Kelak, Penumpang Rapid Rail Boleh Tahu Gerabak Mana Yang Penuh Dan Kosong Secara Masa-Nyata Sebelum Ketibaan Tren


Kelak, Penumpang Rapid Rail Boleh Tahu Gerabak Mana Yang Penuh Dan Kosong Secara Masa-Nyata Sebelum Ketibaan Tren

September 23, 2025
Pengangkutan

Aman

Rapid Rail mengoperasikan rangkaian tren LRT dan MRT di Lembah Klang, dan digunakan lebih sejuta penumpang setiap hari. Dalam usaha memberikan lebih keselesaan kepada penumpang, kini Rapid Rail dalam usaha memperkenalkan sistem pemantauan kepadatan tren secara masa-nyata, sekaligus memudahkan penumpang yang akan naik untuk mengetahui kedudukan gerabak yang penuh dan kosong.

lrt

Usaha ini dijangka akan memudahkan lagi urusan menangani isu kesesakkan, disamping untuk pengguna sendiri boleh menjangkakan pengangkutan yang bakal mereka naiki. Disamping itu, Rapid Rail juga turut sedang menambah-baik sejumlah perkara, termasuk sistem kamera litar tertutup yang kini dilengkapi dengan sokongan kecerdasan buatan.

Langkah-langkah ini diambil oleh Rapid Rail dalam usaha memberikan keselesaan dan keselamatan kepada pengguna. Rapid Rail turut berkongsi mengatakan kini pengguna wanita mewakili kira-kira 60% penumpang harian.

Bernama

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link