Malaysia Oversight

Intel Mengatakan Kerjasama Dengan NVIDIA Tidak Menjejaskan Pembangunan Teknologi Grafik Mereka

By Amanz in September 23, 2025 – Reading time 2 minute
NVIDIA Melabur $5 Bilion Pada Intel – Fokus Pembangunan Dan Integrasi Produk PC Dan Pusat Data


Intel Mengatakan Kerjasama Dengan NVIDIA Tidak Menjejaskan Pembangunan Teknologi Grafik Mereka

September 23, 2025
Intel

Nazrin

NVIDIA baru-baru ini telah mengumumkan bahawa mereka telah membuat pelaburan wang kedalam Intel dan mengesahkan kerjasama untuk membangunkan komponen yang menggabungkan teknologi kedua-dua syarikat ini, disamping membeli cip-cip pemprosesan Intel Xeon untuk kegunaan pembangunan supercomputer NVIDIA.

Seperti yang sedia maklum, Intel sudahpun mempunyai bahagian pembangunan cip grafik mereka sendiri, dan sudahpun mula digunakan dalam produk-produk mereka yang dinamakan Intel Arc. Setakat ini, sudah dua generasi cip grafik Intel Arc diperkenalkan, termasuklah Intel Arc Alchemist dan Intel Arc Battlemage.

Berkaitan kerjasama pembangunan komponen CPU dan GPU bersama NVIDIA, Intel mengatakan bahawa kerjasama tersebut tidak akan menjejaskan pelan sedia ada untuk membangunkan teknologi cip grafik mereka sendiri, yang akan memasuki generasi ketiga tidak lama lagi dengan Intel Arc Celestial Atau Intel Xe3.

Intel NVIDIA

Intel mengatakan kerjasama ini adalah selari dengan garis masa pembangunan teknologi mereka sendiri, dan tidak akan memberi impak negatif kepada pembangunan teknologi grafik mereka sendiri. Apa yang kita tahu buat masa ini ialah kita akan melihat sebuah cip gabungan diantara kedua-dua syarikat ini untuk peranti kelas pengguna, tetapi butiran lanjut mengenainya masih belum didedahkan.

Menariknya, projek-projek sebegini bukanlah sesuatu yang baru untuk Intel. Mengambil contoh cip pemprosesan Intel Meteor Lake dan Intel Lunar Lake untuk komputer riba nipis dan ringan, mereka merupakan dua model cip pemprosesan yang hadir dengan modul memori LPDDR5X terbina didalamnya.

Intel mengatakan bahawa kedua-dua cip pemprosesan ini tidak akan disambungkan pembangunannya, dan apabila cip pemprosesan Panther Lake untuk komputer riba diperkenalkan, ia tidak lagi akan hadir dengan memori terbina.

PC World

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link