Malaysia Oversight

ChatGPT Go Kini Turut Diperluaskan Ke Indonesia

By Amanz in September 23, 2025 – Reading time 1 minute
ChatGPT Go Kini Turut Diperluaskan Ke Indonesia



ChatGPT

ChatGPT Go Kini Turut Diperluaskan Ke Indonesia

September 23, 2025
Kecerdasan Buatan

Aman

OpenAI sebelum ini telah hadir dengan penawaran pelan langganan lebih mampu milik memfokuskan pasaran negara membangun, dinamakan ChatGPT Go. Pada awalnya, ia diperkenalkan untuk pasaran India, dan kini ia turut diperluaskan ke pasaran Indonesia.

Indonesia dikatakan antara lima pasaran terbesar untuk ChatGPT, dan dalam tempoh setahun ini sahaja, angka pengguna ChatGPT di Indonesia telah meningkat tiga kali ganda.

Di Indonesia, ChatGPT Go ditawarkan pada harga Rp75,000 sebulan. ChatGPT Go menawarkan akses had mesej 10 kali lagi tinggi berbanding pelan percuma, 10 kali lebih penjanaan mesej, dan 2 kali ganda memori berbanding pelan percuma.

Buat masa ini, ia tidak diketahui bagaimanakah pemilihan pihak OpenAI dalam memperkenalkan penawaran ini. Dengan penawaran di Asia Tenggara, mungkin kita melihat ia turut diperluaskan secara berperingkat ke negara-negara lain selepas ini.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link