Malaysia Oversight

KATA ADUN | Seminggu berlalu tanpa calon PM dari PAS

By MkiniBM in September 23, 2025 – Reading time 4 minute
KATA ADUN | Seminggu berlalu tanpa calon PM dari PAS


Perkara utama yang menjadi tumpuan dan perbahasan hangat ketika Muktamar ke-71 minggu lalu adalah secara tersiratnya menolak cadangan Bersatu yang menamakan Yassin sebagai calon perdana menteri (PM) bagi Perikatan Nasional (PN). 

Lihat sahaja ucapan-ucapan perwakilan dan pimpinan utama yang dilihat keras dalam menentang pencalonan . Ini tidak lain menunjukkan bahawa perpecahan yang ketara sedang berlaku dalam PN. 

Dengan perpecahan yang berlaku, bagaimana PN bermimpi memimpin negara ini? Tanpa perpaduan yang kukuh dalam mana-mana gabungan, kestabilan politik tidak dapat diwujudkan dan ini melunturkan sokongan rakyat kepada PN untuk menjadi

Dengan pengalaman yang lalu (Langkah Sheraton), kita tidak mahu episod ketidakstabilan politik masih berlaku. Malaysia memerlukan kestabilan politik dan PN tidak mampu menjamin perkara ini. 

Ini berlainan sekali dengan gabungan Perpaduan yang terus memberikan sokongan penuh kepada Anwar Ibrahim sebagai PM. Anwar membuktikan beliau dapat mentadbir Malaysia dengan baik apabila kestabilan politik dapat dipertahankan selama tiga tahun pentadbiran kerajaan Madani. 

Tambahan pula, pertumbuhan ekonomi yang dinikmati hari ini adalah hasil kestabilan politik dalam negara. Antara prestasi ekonomi negara hari ini termasuk tetapi tidak terhad:

i) Mata wang mengukuh lebih 6 peratus berbanding dolar Amerika, salah satu   mata wang   Asean berprestasi tinggi tahun ini

ii) KDNK negara meningkat 4.4 peratus untuk enam bulan pertama 2025

iii) Untuk 6 bulan pertama 2025, jumlah pelaburan diluluskan melonjak 18.7 peratus ke RM190.3 bilion dan dijangka mewujudkan 89,294 pekerjaan baharu. Dalam tempoh sama, pelaburan asing diluluskan melonjak 43.5 peratus ke RM106.8 bilion. 

iv) Antara bulan Januari-Jun 2025, kadar inflasi kekal rendah pada purata 1.4 peratus sahaja. Sebagai perbandingan, untuk seluruh 2024, kadar inflasi adalah 1.8 peratus.

v) Pengangguran dalam negara kekal rendah. Malah, kadar pengangguran turun ke 3 peratus pada suku kedua 2025, berbanding 3.1 peratus suku pertama tahun ini. 

Harum di persada dunia

Tambahan pula, dengan ketokohan Anwar di peringkat antarabangsa, nama Malaysia kini harum di persada dunia. Lihat sahaja apabila Malaysia memainkan peranan penting sebagai pengerusi Asean, beliau merupakan watak penting dalam mendamaikan konflik antara Thailand dan Kemboja. 

Selain itu, Malaysia juga merupakan antara negara paling terkehadapan dalam membela rakyat Palestin akibat kezaliman Zionis Israel.

Kini, walaupun sudah seminggu berlalu, PAS masih gagal menamakan calon PM daripada parti itu. Walaupun PAS mendakwa mempunyai ramai calon tiga ke empat lori, namun sehingga kini tiada seorang pun yang layak dicalonkan. Kenyataan calon tiga ke empat lori tersebut juga memperlekehkan institusi PM. 

Walaupun ada pemimpin PAS menyebut dua nama sebagai calon PM, tetapi ia bukan calon rasmi PAS. Ada rakan saya menyamakan kenyataan calon tiga ke empat lori itu seumpama lembu-lembu korban, tetapi saya tidak bersetuju dengan perumpamaan tersebut. Bagi saya, itulah sikap PAS yang berlagak sombong bila bercakap, tetapi hakikatnya umpama tin kosong. 

Sikap sebegini bukan baharu bagi PAS. Apabila bercakap tentang , RUU355 diperjuangkan tetapi membisu ketika menjadi kerajaan. Diumumkan hendak membentuk negeri hebat, tetapi banyak pelabur angkat kaki. Sebab itulah dalam isu pencalonan PM ini, PAS tidak mampu menamakan calon rasmi daripada parti itu. 

Hakikatnya, PAS tiada calon yang disepakati bukan sahaja di kalangan PN, tetapi juga dalam PAS sendiri. Walaupun berlori-lori calonnya, tetapi tiada seorang pun yang mampu untuk diangkat sebagai PM menanti. 

Kenyataan tersebut juga menunjukkan mentaliti PAS yang tidak memahami kepentingan institusi PM. PM adalah ketua kerajaan dan itulah kerusi yang diberikan kepada nabi Muhammad   SAW   oleh penduduk Madinah. Ini bermakna kerusi ketua kerajaan itu sangat penting di dalam perjuangan dan ia bukan satu perkara yang boleh diperlekehkan. 

Jika diambil dari sudut struktur pentadbiran Malaysia, kerajaan dibentuk dengan terlantiknya PM. Tanpa PM dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang-Dipertuan Agong (YDPA), kerajaan tidak boleh dibentuk dan inilah yang berlaku setiap kali   pilihan raya umum. Kerajaan juga terbubar dengan jatuhnya PM dan inilah yang berlaku ketika Langkah Sheraton–kerajaan PH jatuh dengan perletakan jawatan PM Mahathir Mohamad. 

Menurut Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan, YDPA hendaklah terlebih dahulu melantik seorang PM sebelum jemaah menteri dilantik (pembentukan kerajaan) menurut Perkara 43(1) Perlembagaan Persekutuan. 

Saya catatkan secara verbatim Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan: “Yang di-Pertuan Agong hendaklah terlebih dahulu melantik sebagai perdana menteri untuk mempengerusikan Jemaah Menteri seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat itu.”

Begitulah pentingnya institusi PM kerana diperuntukkan khusus di dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi negara. Sikap PAS dalam isu pencalonan PM ini mencerminkan betapa tidak bertanggungjawabnya PAS dalam isu pentadbiran. PAS bukannya parti yang berjuang untuk mengangkat pentadbiran sebagai agenda penting, sedangkan pentadbiran adalah tunjang kepada sesebuah negara dan aspek penting dalam


FAIZ FADZIL adalah setiausaha Agung Amanah merangkap Permatang Pasir.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.



Source link