Malaysia Oversight

Google Chrome Untuk Android Kini Boleh Bacakan Artikel Untuk Anda – Terhad Kepada Laman Web Berbahasa Inggeris

By Amanz in September 23, 2025 – Reading time 1 minute
Google Chrome Untuk Android Kini Boleh Bacakan Artikel Untuk Anda – Terhad Kepada Laman Web Berbahasa Inggeris


Google Chrome Untuk Android Kini Boleh Bacakan Artikel Untuk Anda – Terhad Kepada Laman Web Berbahasa Inggeris

September 23, 2025
Aplikasi
Google

Aman

Google Chrome untuk Android kini menambah sebuah ciri baharu, iaitu kebolehan untuk membacakan artikel sesuatu laman web untuk anda. Ini sekaligus membolehkan anda mendengar artikel pada sesuatu web ketika sedang melakukan tugasan lain, tanpa perlu membacanya sendiri.

Ciri ini dilihat terhad kepada laman web berbahasa Inggeris buat masa ini, dan masih belum menyokong bahasa Malaysia.

Chrome Audio

Apabila anda melayari sesuatu laman web di Chrome untuk Android, anda boleh ke halaman menu dan memilih “Dengar Halaman Ini”. Ia seterusnya akan mengambil masa beberapa saat, sebelum mula membacakan laman web berkenaan kepada anda.

Bagi anda yang menggunakan Chrome untuk Android, boleh mengemaskini aplikasi anda hari ini, dan menggunakan ciri baharu ini.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link