Malaysia Oversight

Bomba terima 16 panggilan pokok tumbang sekitar Kuala Lumpur

By TheSun in September 22, 2025 – Reading time 1 minute
Bomba terima 16 panggilan pokok tumbang sekitar Kuala Lumpur


KUALA LUMPUR: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur menerima 16 panggilan kecemasan berhubung kejadian pokok tumbang di sekitar ibu negara.

Panggilan tersebut diterima susulan hujan lebat dan angin kencang yang melanda pada petang tadi.

Jurucakap JBPM memaklumkan panggilan diterima antara jam 3 petang hingga 7 malam di beberapa lokasi.

Antara lokasi terlibat ialah Jalan Tempanis 3, Jalan Maarof, Jalan Medang Kapas, Jalan Kebun Bunga, Tasik Perdana, Jalan Cenderasari, Taman Rama-Rama dan Jalan Midah Tengah.

Kejadian turut melibatkan beberapa kenderaan yang dihempap pokok tumbang.

Situasi berjaya dikawal dan kerja pembersihan dilaksanakan dengan segera di semua lokasi terjejas.

Tiada sebarang kecederaan dilaporkan setakat ini menurut kenyataan rasmi.

JBPM Kuala Lumpur sedang menyalurkan bantuan ke lokasi terjejas bersama-sama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Pasukan bomba juga berada dalam keadaan siap siaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

Keadaan berjaga-jaga ini berikutan cuaca buruk yang dijangka berterusan dalam tempoh terdekat. – Bernama



Source link