Malaysia Oversight

PAS ‘naik taraf’ tabung tin Milo kepada tong drum 

By MkiniBM in September 22, 2025 – Reading time 2 minute
PAS ‘naik taraf’ tabung tin Milo kepada tong drum 


Naib Presiden Idris Ahmad berkata partinya sudah menggerakkan kutipan derma sebagai persediaan menjelang pilihan raya umum (PRU) ke 16 akan datang.

Idris yang juga pesuruhjaya Perak dan bekas menteri berkata, jentera PN digerakkan lebih awal dengan “bendera dibasuh semula, bilik gerakan dibuka, ceramah rancak bermula”.

“Tin Milo sudah digerakkan, tin milo pun mampu menumbangkan empat negeri, kali ini kita keluar pula tong drum untuk PRU16. 

“Jentera sudah digerakkan, bendera lama dibasuh semula, bilik gerakan dibuka, ceramah rancak bermula. Insya-Allah, tong drum akan menggegarkan lebih banyak kerusi,” katanya.

b51f8956e95d30ff5fae4586734fe9b4

DAP semalam mencadangkan negeri-negeri Pakatan Harapan (PH) mengadakan pilihan raya parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) supaya persiapan lebih tersusun, selain menjimatkan kos.

Setiausaha Agung DAP Anthony Loke berkata prinsip DAP jelas iaitu mana-mana kerusi dimenangi oleh sesebuah parti perlu dikekalkan kepada parti tersebut.

Katanya, walaupun tempoh parlimen boleh dilanjutkan sehingga akhir 2027, beberapa negeri seperti Melaka, Johor dan Sarawak akan mencapai tempoh tamat lebih awal (2026), yang perlu diambil kira.

DUN Pulau Pinang, , Negeri Sembilan, Kedah, dan Terengganu dijangka tamat tempoh pada 2028.

‘Kesianlah

Dalam kenyataan di media sosial hari ini, Idris menegaskan bahawa dan PN tetap akan bertanding sama ada PRU diadakan secara serentak atau tidak, dengan semangat “lawan tetap lawan”.

49a5ef9c4e06fef5f84acb8352f50194
Anthony Loke

Katanya, kini hanya layak bertanding di kerusi yang “dijamin menang”, hasil kompromi yang berpihak kepada DAP.

“Nampak sungguh hebat DAP, cadang PRU ke-16 mesti serentak dan beri pula jaminan hanya bertanding di kerusi yang menang. 

“Kesianlah Umno, dulu parti gergasi, kini sekadar layak rebut 26 kerusi, itu pun hasil order kopi dapat DAP,” katanya.

Idris mengingatkan bahawa rakyat menolak Umno di negeri-negeri majoriti Melayu seperti , Terengganu, Kedah dan Perlis, yang digelarnya sebagai “tanah kubur Umno”.



Source link