Malaysia Oversight

RM40j disediakan untuk baik pulih kediaman terjejas

By MkiniBM in April 30, 2025 – Reading time 1 minute
RM40j disediakan untuk baik pulih kediaman terjejas


Sebanyak RM40 juta diperuntukkan bagi kerja-kerja membaik pulih kediaman terjejas akibat kebakaran saluran gas di Putra Heights, Subang Jaya, kata Menteri Besar Amirudin Shari.

Menurutnya peruntukan itu melibatkan peruntukan persekutuan dan sumbangan awam.

Katanya kerja-kerja baik pulih bagi kediaman di sekitar Putra Heights akan dilaksana Sime Darby selaku pemaju kawasan perumahan terbabit, manakala di Kampung Sungai Baru oleh Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB).

“Proses baik pulih kediaman itu akan memberi tumpuan kepada aspek kemudahan asas seperti pendawaian elektrik.

“Bagi kerosakan kecil di bawah RM30,000, pemilik kediaman boleh melakukan kerja-kerja pembaikan kediaman mereka sendiri seterusnya buat tuntutan semula kepada PBT (pihak berkuasa tempatan),” katanya pada sidang media di Bangunan Setiausaha Negeri di Shah Alam hari ini.

[Laporan lanjut menyusul]



Source link