Netflix Pula Dilaporkan Ingin Membeli Warner Bros
Effi Saharudin
Minggu lalu kedengaran ura-ura Paramount Skydance ingin mengambil alih studio persaingan Warner Brothers Discovery. Kini muncul pula ura-ura Netflix turut berminat melakukan pembelian. Persaingan pastinya sengit kerana Paramount dimiliki oleh manusia kedua terkaya di dunia, Larry Ellison.

Bagi pelanggan, jika perkhidmatan penstriman HBO Max dan Netflix digabungkan ia akan menawarkan lebih banyak kandungan daripada DC, Harry Potter, Game of Thrones, dan Mission Impossible di bawah satu langganan sahaja.
Warner Bros. Discovery sedang mengalami pelbagai isu selepas menjalani proses penggabungannya sendiri beberapa tahun lalu. HBO Go diubah menjadi Max sebelum diubah semula menjadi HBO Max dengan syarikat induk akan dipisahkan semula daripada Discovery.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.