Insiden kebocoran paip gas milik Petronas Gas Berhad (PGB) di tapak Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Kerteh pada Sabtu lalu tidak menjejaskan kemajuan projek berkenaan, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
Beliau berkata tindakan segera menutup bekalan gas telah diambil sejurus kebocoran dikesan sebelum kerja-kerja pembaikan dilaksanakan oleh pihak terlibat.
“Saya rasa ia tidak menjejaskan pembangunan ECRL kerana biasanya apabila saluran paip gas bocor, ia tidak meletup. Jadi, ia berbeza dengan kes di Putra Heights.
“Walaupun berlaku kebocoran, tindakan segera telah diambil untuk menutup bekalan.
“Kebocoran itu perlu dibaiki, saluran diperbaiki dan kerja-kerja pembaikan dilakukan dengan segera,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Transformasi Perkhidmatan BAS.MY Kuala Terengganu di Pasar Payang, di Kuala Terengganu, hari ini.
Sebelum ini, Bernama melaporkan polis menutup laluan utama Kerteh-Ranggon kepada semua kenderaan susulan kebocoran paip gas PGB di Tapak ECRL Seksyen 5, pagi Sabtu.
Mengulas lanjut, Loke berkata insiden kebocoran paip gas itu sedang disiasat oleh pelbagai agensi termasuk Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM), Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) serta pihak berkaitan.
“Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) telah menyerahkan laporan kepada saya, manakala NIOSH juga sedang menjalankan siasatan. Sudah tentu ini melibatkan saluran paip gas Petronas dan mereka akan membuat pembaikan segera. Saya yakin perkara ini boleh diselesaikan dengan segera,” katanya.
Berhubung punca kebocoran, Loke menjelaskan bahawa setakat ini laporan penuh mengenai insiden itu masih belum diperoleh.
“Punca kebocoran belum diterima dan kita masih menunggu laporan penuh. Dari segi tempoh pembaikan, itu hanya boleh dijelaskan oleh Petronas kerana ia melibatkan aset mereka,” katanya sambil menambah, insiden tersebut diyakini tidak menjejaskan projek pembinaan ECRL.
Terdahulu, Loke ketika berucap berkata, kerajaan Persekutuan memperuntukkan kos sebanyak RM40.81 juta bagi tempoh lima tahun atau RM8.16 juta setahun untuk menjayakan lapan laluan bas di bawah Program Transformasi Perkhidmatan Bas Berhenti-Henti (SBST) Kuala Terengganu.
“Selepas penambahan laluan BAS.MY Kuala Terengganu pada Februari lepas daripada empat laluan kepada lapan laluan, purata bilangan penumpang sebulan meningkat kepada 24,000 bagi tempoh sehingga Ogos 2025,” katanya.
Pelaksanaan BAS.MY di Kuala Terengganu melibatkan lapan laluan yang merangkumi empat kawasan Pihak Berkuasa Tempatan iaitu Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Majlis Daerah Hulu Terengganu, Majlis Daerah Setiu dan Majlis Daerah Marang.
– Bernama
LOKE-GAS (BERGAMBAR)
INSIDEN KEBOCORAN GAS TIDAK JEJAS PROJEK ECRL – LOKE
KUALA TERENGGANU, 22 Sept (Bernama) —
Kebocoran paip gas tak jejas projek ECRL – Loke
Menteri pengangkutan ulas insiden di Kerteh pada Sabtu lalu.
Insiden kebocoran paip gas milik Petronas Gas Berhad (PGB) di tapak Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Kerteh pada Sabtu lalu tidak menjejaskan kemajuan projek berkenaan, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
Beliau berkata tindakan segera menutup bekalan gas telah diambil sejurus kebocoran dikesan sebelum kerja-kerja pembaikan dilaksanakan oleh pihak terlibat.
“Saya rasa ia tidak menjejaskan pembangunan ECRL kerana biasanya apabila saluran paip gas bocor, ia tidak meletup. Jadi, ia berbeza dengan kes di Putra Heights.
“Walaupun berlaku kebocoran, tindakan segera telah diambil untuk menutup bekalan. Kebocoran itu perlu dibaiki, saluran diperbaiki dan kerja-kerja pembaikan dilakukan dengan segera,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Transformasi Perkhidmatan BAS.MY Kuala Terengganu di Pasar Payang, di sini, hari ini.