Malaysia Oversight

Pratempahan Awal Huawei Watch Ultimate 2 Turut Dibuka Di Malaysia

By Amanz in September 22, 2025 – Reading time 1 minute
Pratempahan Awal Huawei Watch Ultimate 2 Turut Dibuka Di Malaysia


Pratempahan Awal Huawei Watch Ultimate 2 Turut Dibuka Di Malaysia

September 22, 2025
Huawei

Amy Maizuraa

Huawei membuka pratempahan awal untuk jam tangan pintar terbaharunya Huawei Watch Ultimate 2 yang akan dilancarkan secara rasmi pada 29 September 2025 bersama siri Huawei Watch GT6. Pengguna boleh membuat pratempahan dengan deposit RM50 dan berpeluang menerima hadiah bernilai RM1305 termasuk Huawei FreeClip, 2 tahun langganan Huawei Care+ dan 3 bulan keahlian Huawei Health+.

HUAWEI WATCH ULTIMATE 2 1920x1080 1

Huawei Watch Ultimate 2 direka khas untuk penyelam namun turut menawarkan ciri kecergasan dan kesihatan yang lengkap. Ia merupakan jam tangan pintar pertama yang menyokong komunikasi sonar bawah air yang membolehkan penghantaran mesej pratetap dan makluman SOS sehingga 60-meter kedalaman air. Pengguna juga boleh berkomunikasi dengan jam lain yang sama dalam jarak 30 meter.

HUAWEI Watch Ultimate 2 MY2
HUAWEI Watch Ultimate 2 MY1

Jam tangan ini diperbuat daripada logam cecair berasaskan zirkonium dan mempunyai kalis air sehingga 150 meter lalu menjadikannya sesuai untuk aktiviti menyelam laut dalam. Ia turut dilengkapi sistem antena yang dipertingkatkan, peta padang golf HD serta ciri navigasi luar melalui teknologi Sunflower Positioning System.

HUAWEI Watch Ultimate 2 MY3

Antara ciri lain termasuk panggilan eSIM, pengesanan jatuh, SOS kecemasan, dan pemantauan altitud tinggi. Teknologi TruSense yang disokong oleh X-TAP membolehkan penjejakan kesihatan yang lebih tepat termasuk 11 metrik utama melalui ciri Health Glance, pengukuran SpO2 hujung jari, kadar denyutan jantung dan penjejakan tidur.

HUAWEI Watch Ultimate 2 MY5

Hayat bateri boleh mencapai sehingga 11 hari dalam mod penjimatan dan 4.5 hari dalam penggunaan standard. Huawei Watch Ultimate 2 ditawarkan dalam dua pilihan warna menarik seperti Ocean Blue dan Compass Black.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link