Malaysia Oversight

DJI Mini 5 Pro Tersedia Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM3399

By Amanz in September 22, 2025 – Reading time 1 minute
DJI Mini 5 Pro Tersedia Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM3399


DJI Mini 5 Pro Tersedia Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM3399

September 22, 2025
Fotografi

Amy Maizuraa

DJI telah melancarkan dron terbaru mereka iaituDJI Mini 5 Pro di pasaran Malaysia. Ia ditawarkan dalam beberapa pilihan pakej seperti:

  • RM3,399 untuk dron sahaja.
  • RM4,189 untuk pakej Fly More Combo dengan alat kawalan DJI RC-N3.
  • RM4,599 untuk pakej Fly More Combo dengan alat kawalan DJI RC 2.
  • RM4,899 untuk pakej Fly More Combo Plus (DJI RC 2).

Semua pakej ini boleh didapati melalui pengedar sah DJI sama ada secara dalam talian atau fizikal di seluruh Malaysia.

DJI Mini 5 Pro MY02
DJI Mini 5 Pro MY03

DJI Mini 5 Pro dilengkapi dengan kamera 50MP dan sensor 1” yang membolehkan rakaman lebih jelas walaupun dalam keadaan gelap. Selain itu, lensa Med-Tele 48mm turut digunakan bagi membantu menghasilkan rakaman yang lebih fokus.

DJI Mini 5 Pro MY04
DJI Mini 5 Pro MY05

Dari segi rakaman video, ia menyokong resolusi 4K HDR pada 60FPS serta mod gerak perlahan sehingga 4K120FPS. Gimbal kameranya pula boleh berpusing hingga 225° sekali gus menyokong pelbagai mod rakaman seperti QuickShot, Timelapse, Spotlight dan Waypoint Flight. Di samping itu, mod rakaman menegak True Vertical Shooting amat sesuai untuk kandungan media sosial seperti TikTok, Instagram Stories dan Shorts.

DJI Mini 5 Pro A

Bagi aspek keselamatan, dron ini dilengkapi dengan sistem LiDAR, kamera ultra lebar dan sensor inframerah 3D yang berfungsi untuk mengelakkan pelanggaran semasa penerbangan. Selain itu, baterinya mampu bertahan sehingga 36 minit iaitu satu tempoh yang agak lama untuk dron bersaiz tapak tangan.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link