Malaysia Oversight

75 individu ditahan dalam Ops Jejak 2 ceroboh Hutan Simpan Ayer Itam

By TheSun in September 22, 2025 – Reading time 1 minute
75 individu ditahan dalam Ops Jejak 2 ceroboh Hutan Simpan Ayer Itam


KUALA LUMPUR: Seramai 75 individu telah ditahan dalam Ops Jejak 2 selepas didapati memasuki kawasan larangan iaitu Hutan Simpan Ayer Itam di Puchong tanpa permit yang sah.

Ketua Polis Daerah Serdang ACP Muhamad Farid Ahmad menyatakan mereka ditahan pada kira-kira jam 11 pagi, semalam oleh pasukan penguat kuasa Jabatan Perhutanan Negeri .

Penahanan itu dilakukan dengan kerjasama Pejabat Hutan Daerah Tengah, Universiti Putra Malaysia dan Balai Polis Puchong Jaya.

Kesemua individu tersebut difahamkan memasuki hutan simpanan kekal melalui Bukit Wawasan tanpa permit di bawah Enakmen Pemakaian Akta Perhutanan Negara 1985.

Mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang untuk tindakan lanjut sebelum dibebaskan dengan jaminan pihak Jabatan Perhutanan Negeri .

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 47 Akta Perhutanan Negara 1985 kerana memasuki hutan simpanan kekal tanpa kebenaran.

Muhamad Farid mengingatkan orang awam supaya tidak memasuki hutan simpan itu tanpa permit sah kerana kawasan tersebut dikhaskan untuk pembelajaran dan penyelidikan Bahagian Perhutanan UPM.

Beliau menjelaskan kawasan hutan simpan yang dibuka kepada orang awam hanyalah Trek Hutan 1.

Trek tersebut bermula dan berakhir di Kaki Bukit Wawasan sepanjang 2.8 kilometer seperti yang diputuskan oleh Majlis Mesyuarat Negeri ke-32 pada tahun 2012. – Bernama



Source link