Okeylah, Cik Bunga faham, ramai orang terutama pengguna Tiktok dan Youtube yang suka dan seronok dengan bahan kandungan ala paranormal yang disajikan oleh selebriti dan pengacara versatil, Roslan Shah.
Iyalah, sekarang ini hangat orang perkatakan mengenai bahan kandungannya itu. Luculah, penuh jenakalah.
Tambahan pula, dia pun bijak, panggil selebriti jemputan yang hebat-hebat juga untuk sertai ‘program’ Night Walk di beberapa lokasi pilihan.Cik Bunga akui, pada awalnya, kita pun suka dan turut layan sesi live Roslan atau Cik Lan itu di media sosial. Sama macam orang lain, Cik Bunga pun terhibur.
Tetapi, lama-kelamaan, terasa agak menjengkelkan pula dengan aksi Cik Lan itu yang adakalanya kelihatan berlebih-lebihan. Orang kata, overacting pun iya!
Ada bahagian yang rasanya tidak perlu pun terkejut berlebihan atau tidak perlu jerit atau pura-pura takut. Tindakan sebegitu bagi Cik Bunga kalau sikit-sikit sahaja sudahlah, kita faham Cik Lan mahu masukkan elemen hiburan.
Tetapi, kalau sudah overacting, rasa tidak selesa pula tengok. Cik Bunga pasti, ada sahaja penonton lain rasakan yang sama.
Teguran ini bukan tujuan mahu membuatkan Cik Lan berhenti buat bahan kandungan itu.
Sebab iyalah, sudah ada peminat tersendiri untuk sesi Night Walk bersama Cik Lan itu. Cuma Cik Bunga harap, Cik Lan kawal sedikit aksi berlebih-lebihan itu.
Jangan nampak sangat macam try hard orang kata.