Malaysia Oversight

Ahli PKR Melaka diseru perkukuh perpaduan hadapi PRN

By MkiniBM in September 21, 2025 – Reading time 1 minute
Ahli PKR Melaka diseru perkukuh perpaduan hadapi PRN


Pengerusi Melaka, Shamsul Iskandar Mohd Akin menyeru semua ahli parti itu supaya memperkukuh perpaduan demi menghadapi pilihan raya negeri (PRN) yang dijangka diadakan tahun depan.

Katanya perpecahan dan sikap berpuak-puak dalam kalangan ahli hanya akan melemahkan parti dalam meraih sokongan dan menjamin kemenangan pada PRN itu nanti.

“Selepas pemilihan, kita harus memautkan kembali hati semua pihak.

“Membangkitkan titik-bengik atau isu kecil selepas selesai pemilihan parti hanya akan melemahkan kekuatan parti sedangkan tumpuan sebenar harus diberikan kepada perjuangan bersama,” katanya.

Shamsul Iskandar berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri sambutan 27 Tahun Reformasi anjuran Majlis Pimpinan Melaka yang dihadiri lebih 200 ahli dan di negeri itu malam tadi.

Dewan Undangan Negeri Melaka akan tamat tempoh pada Dis 2026.

Bernama



Source link