Malaysia Oversight

Dituduh selalu jadi masalah, PAS minta Loke ‘beli cermin’

By MkiniBM in September 21, 2025 – Reading time 2 minute
Dituduh selalu jadi masalah, PAS minta Loke 'beli cermin'


hari ini menempelak DAP selepas mendakwa parti itu mahu menjadi dominan dalam gabungan PN.

Justeru, Ketua Penerangan Ahmad Fadhli Shaari menggesa Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, agar “membeli cermin besar” selepas membuat dakwaan tersebut.

Merujuk kepada konflik yang berlaku di antara dan DAP lebih 10 tahun lalu – ketika parti terbabit masih bersama dalam Pakatan Rakyat – Ahmad Fadhli berkata, ramai orang masih ingat bagaimana ia berlalu.

“Walaupun itu cerita lama, tapi ramai masih ingat bagaimana saat DAP putuskan hubungan dengan Presiden PAS (Abdul Hadi Awang) tetapi masih teruskan hubungan dengan PAS,” katanya.

Merujuk kepada isu dialami PAS bersama Bersatu akhir-akhir ini, Ahmad Fadhli berkata, perselisihan pendapat di antara mereka masih berlangsung dalam ruang lingkup perbincangan.

Hal itu pun, tambah Ahli Parlimen Pasir Mas berkenaan, hanya disebabkan PAS dan Bersatu baru saja selesai mengadakan perhimpunan agung tahunan masing-masing yang memberi ruang kepada ahli bersuara.

“PAS tidak pula menggerakkan ahli-ahlinya membuat laporan polis ke atas Bersatu, dan (begitu) juga sebaliknya.

“Tetapi DAP baru sahaja sebulan lepas menggerakkan ahli-ahlinya membuat laporan ke atas Ketua Pemuda (Akmal Saleh).

“Eh, sama-sama dalam ni kan?” sindirnya.

Tak ada siapa bela

Semalam Loke yang juga menteri pengangkutan dipetik sebagai berkata, PAS sukar mengekalkan hubungan dengan mana-mana parti yang menjadi sekutu mereka kerana selalu mahu menjadi dominan.

Sikap sebegitu, kata Loke yang dipetik Utusan Malaysia, menyebabkan tercetus pertelingkahan sesama rakan gabungan.

Kata Loke, kenyataan itu dibuat berdasarkan pengalaman DAP bekerjasama dengan PAS melalui Pakatan Rakyat suatu ketika dulu.

Untuk rekod, sebelum menyertai Pakatan Rakyat – yang turut disertai – PAS pernah mengadakan pakatan politik beberapa kali. Misalnya parti itu pernah bersama yang kemudian membentuk , sebelum berpisah pada 1977.

e700964fb79a19aa6f3a3ea5e0b167b0
Anthony Loke

PAS juga membentuk Angkatan Perpaduan Ummah bersama parti serpihan , Semangat 46 pada 1990 yang membuka jalan kepada parti itu menawan .

Gabungan itu bertahan untuk dua PRU (pada 1990 dan 1995) sebelum ia berkubur pada 1996.

Pada 18 Sept lalu bekas anggota Jawatankuasa PAS Pusat, Mohd Zuhdi Marsuki, pula menjelaskan, dua daripada gabungan politik disertai parti itu sudah berkubur, manakala PN – yang menjadi kerjasama terkini mereka – berada dalam keadaan “tenat.”

Ahmad Fadhli berkata ketika DAP membuat laporan polis ke atas Akmal, tiada pemimpin Umno ke depan membela ahli politik terbabit, justeru memberi gambaran mereka dominan dalam kerajaan.

“Tidak ada grup WhatsApp? Tidak ada meja rundingan?

“Jawabnya ada, tetapi kerana nak tunjuk dominan, DAP buat kenyataan secara terbuka bahawa laporan polis digerakkan seluruh negara ke atas Ketua Pemuda Umno,” katanya.

Pertembungan itu, katanya, belum lagi mengambil kira beberapa Umno di peringkat bahagian dalam Wilayah Persekutuan yang isytihar secara rasmi putus hubungan dengan DAP.

“Eh, siapa yang berkonflik ni? Rumah siapa sedang runtuh ni? YB Anthony Loke, beli cermin ye,” katanya.



Source link