Malaysia Menyasarkan Miliki Tapak Pelancaran Roket Menjelang 2029 – Pertama Di Asia Tenggara
Aman
Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) kini berkongsi mengatakan Malaysia akan menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang mempunyai tapak pelancaran roket tersendiri, seawal menjelang 2029 kelak. Langkah ini dilihat selari dengan Dasar Angkasa 2030.

Buat masa ini, cadangan melibatkan tiga lokasi cadangan, melibatkan lokasi di Pahang, Sarawah dan Sabah. Lokasi akhir belum ditentukan lagi. Laporan kajian kebolehlaksanaan telah pun diselesaikan, dan kini dalam proses penilaian laporan berkenaan.
Sekiranya terdapat sebarang syarikat luar ingin bekerjasama, maka mereka perlu bekerjasama dengan syarikat tempatan, serta mendapatkan persetujuan kerajaan negeri.
Tapak pelancaran roket di Malaysia dijangka memberikan sejumlah kelebihan, termasuk kedudukan Malaysia di garisan khatulistiwa yang membolehkan pelancaran roket dilaukan dengan menjimatkan kos bahan api dan dengan lebih efisien lagi berbanding lokasi lain seluruh dunia. Langkah ini juga dijangka memberikan perkembangan sihat dalam arena aeroangkasa dan kejuruteraan di Malaysia.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.