Malaysia Oversight

Sanusi hanya seloroh, kata pemimpin PAS Kelantan

By MkiniBM in September 20, 2025 – Reading time 2 minute
Sanusi hanya seloroh, kata pemimpin PAS Kelantan


Menteri Besar Kedah Muhammad Md Nor hanya “berseloroh” ketika mendakwa sekutu banyak bergantung kepada dana dan jentera parti itu dalam PRU lalu, kata Setiausaha Wan Roslan Wan Hamat.

Menurut Harian Metro hari ini, Roslan berkata tidak menyebut sebarang sebarang parti secara khusus ketika membuat kenyataan itu, sambil menegaskan tiada konflik antara dan Bersatu.

“Semua parti perlu memberi kerjasama baik untuk memberi fokus bagi berhadapan dengan PRU akan datang selain kini giat merangka beberapa pelan tindakan antara PAS dan Bersatu.

“Sebaik semuanya selesai termasuk pelantikan ahli jawatankuasa, kita adakan majlis bagi perbincangan bersama dan sebenarnya tiada sebarang isu berlaku, hanyalah mainan politik bagi ‘menghangatkan’ suasana sahaja,” katanya seperti dipetik laporan itu.

Pada Muktamar PAS ke-71 di Kedah minggu lalu, yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya PN mendakwa parti komponen gabungan itu banyak bergantung kepada jentera parti dan kewangan PAS untuk bertanding dalam pilihan raya.

7d16d4f981cbe2f334376673e04d25f3
Muhammad Sanusi

“Kita menghadapi rakan-rakan (dalam PN) yang bergantung kepada peralatan yang kita bayar. Di sini (Kedah), saya fikir di tempat lain sama juga.

“Satu cawangan kita minta RM120,000 untuk satu UPU (unit peti undi). Sebelum ni semua peralatan itu kita bayar, depa mai bertanding syok aja. Habis tu nak jadi ketua? Duit tak dak, jentera tak dak, (harap) kita (PAS) semua,” katanya ketika itu.

Susulan itu, bekas ketua setiausaha sulit kanan Yassin semasa ahli politik itu menjadi perdana menteri, Marzuki Mohamad, mengingatkan bahawa bantuan dana yang diberikan oleh Bersatu yang membolehkan PAS mencapai kejayaan memenangi 43 kerusi parlimen buat pertama kali.

Mengapa calon PM tidak dari PAS?

Sementara itu, Roslan berkata wajar untuk PN menamakan calon Perdana Menteri daripada PAS jika parti itu menang paling banyak kerusi pada PRU akan datang.

“Walaupun kami tidak mengumumkan nama tokoh namun parti PAS ada memberikan ciri-ciri pemimpin yang layak untuk menjadi Perdana Menteri,” katanya.

Namun, dia juga berpandangan apa yang lebih penting adalah fokus perlu diberikan ke arah usaha untuk memenangi pilihan raya terlebih dahulu.



Source link