Malaysia Oversight

Tang Jie-Ee Wei ‘pecah’ Tembok Besar untuk mara ke final

By MkiniBM in September 20, 2025 – Reading time 1 minute
Tang Jie-Ee Wei 'pecah' Tembok Besar untuk mara ke final


Beregu campuran negara yang baru merangkul gelaran juara dunia, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menampilkan aksi bertenaga untuk menyingkirkan pasangan tuan rumah yang juga nombor satu dunia, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping, untuk melangkah ke final Masters 2025, hari ini.

Dalam pertembungan separuh akhir di Shenzhen Arena itu, gandingan Malaysia menunjukkan semangat juang dan ketenangan tinggi untuk menundukkan juara bertahan dalam aksi sengit yang berlanjutan selama 80 minit dengan keputuan, 22-24, 21-19, 21-17.

Kemenangan itu merupakan ketiga buat Tang Jie-Ee Wei dalam sembilan pertemuan menentang pasangan tersebut.

Tang Jie-Ee Wei akan berdepan beregu Thailand, Decaphol Puavaranukroh-Supissara Paewsampran dalam cubaan mereka membawa pulang gelaran berprestij itu.

– Bernama



Source link