Malaysia Oversight

Jabatan Wilayah Persekutuan mungkir janji lantikan MPPWP

By MkiniBM in September 20, 2025 – Reading time 2 minute
malaysiakini logo


Ketidakpuasan hati Wilayah Persekutuan terhadap Pakatan Harapan (PH) khususnya di bawah teraju Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Zaliha Mustafa diteruskan lagi dengan Seputeh mempertahankan dakwaan bahawa mereka tidak diberi ruang untuk berperanan.

Setiausa Seputeh Nurul Hazwani Haslan mendakwa Jabatan Wilayah Persekutuan memungkiri janji terhadap Umno berhubung pelantikan Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan (MPPWP).

Menurut Nurul Hazwani, Umno Seputeh sebelum ini bersabar meski tidak diberi satupun jawatan dalam MPPWP Seputeh bagi penggal 2024-2025, selepas dijanjikan pelantikan bagi penggal berikutnya.

Namun, katanya, janji tersebut dimungkiri bagi pelantikan penggal bermula Julai 2025 hingga 2028.

“Oleh itu, Umno Bahagian Seputeh pada 6 Ogos 2025 menolak semua jawatan dalam MPPWP Seputeh bagi penggal baru yang telah diberikan kepada jawatankuasa mahupun ahli Umno Bahagian Seputeh,” katanya dalam kenyataan media semalam.

Nurul Hazwani mengeluarkan kenyataan itu sebagai menjawab kenyataan media Nur Azrin Surip yang merupakan setiausaha politik Zaliha yang sebelum ini menegaskan agar manfaat rakyat diutamakan berbanding perjuangan individu.

Nur Azrin berkata demikian sebagai menepis dakwaan Ketua Umno Batu Gulam Muszaffar Shah Gulam Mustakim dan Setiausaha Politik Menteri Kemajuan Desa dan WIlayah Razlan Rafii yang mendakwa ahli parti mereka tidak diberi ruang berperanan di Wilayah Persekutuan.

Setiausaha Zaliha itu menegaskan bahawa pelantikan politik di Wilayah Persekutuan turut melibatkan wakil .

Umno Seputeh bagaimanapun mendakwa pelantikan MPPWP Seputeh bagi penggal kedua tidak mengikut cadangan yang mereka kemukakan.

“Sebaliknya lantikan dibuat berdasarkan keanggotaan dalam kelab dan persatuan di Seputeh.

“Ini merupakan sesuatu yang jelas menunjukkan Jabatan Wilayah Persekutuan tidak mahu penglibatan Umno dalam menjalankan peranan berbakti kepada warga Seputeh khususnya,” kata Nurul Hazwani.

Umno Seputeh mengingatkan bahawa perdana menteri telah membuat ketetapan agar pelantikan MPPWP mesti mengikut komposisi parti dalam perpaduan.

“Namun ia tidak dilaksanakan di parlimen Seputeh dan beberapa parlimen yang lain. Dan ini merupakan sesi kedua lantikan MPPWP dalam tempoh pemerintahan perpaduan tapi keadilan pada lantikan ini masih tidak dicapai.

“Kenyataan ini bukan berkisar tentang perjuangan individu sebaliknya ia adalah perjuangan untuk sama-sama mengambil tempat bagi menjalankan tanggungjawab menjuarai rakyat,” katanya lagi.

Gulam Muszaffar sebelum ini meletakkan jawatan sebagai anggota Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Wilayah Persekutuan susulan keputusan bahagian itu memutuskan hubungan politik dengan PH.

Gulam Muszaffar berkata Umno Batu memutuskan hubungan dengan PH kerana tidak puas hati berkaitan pengagihan sub zon Majlis Perwakilan Penduduk (MPP), dan mendakwa PH tidak menunaikan janji memberikan satu daripada enam sub zon, yang akhirnya diperoleh .

Dia juga mendakwa Anggota Parlimen Batu P Prabakaran daripada tidak pernah memberikan peruntukan kepada Umno untuk membuat kerja-kerja di parlimen Batu.



Source link