Malaysia Oversight

Tiada perjanjian Hamzah ganti Muhyiddin

By MkiniBM in September 19, 2025 – Reading time 2 minute
Tiada perjanjian Hamzah ganti Muhyiddin


Ketua Penerangan Bersatu, Tun Faisal Ismail Aziz menegaskan tidak wujud sebarang perjanjian pelan penggantian oleh Presiden Bersatu, Yassin untuk melantik timbalannya, Hamzah Zainuddin, sebagai pengganti.

Menurutnya, tidak pernah menyebut perkara itu dalam mana-mana pemukiman atau Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Bersatu.

Justeru, dia menyoal rasional di sebalik akuan bersumpah (SD) yang ditandatangani ketua-ketua bahagian Bersatu bagi mendesak menyerahkan kepimpinan parti kepada Hamzah.

“Tak ada benda (perjanjian) ni. Jadi, dia tandatangan pasal apa? Oh, kalau ikut apa yang dikatakan adalah berjanji seterusnya adalah (yang) akan menggantikan (presiden) Hamzah. Jadi mereka beranggapan (begitu).

511c2896f8c090da9e017dfaa2bf7a0e

“Pemukiman (di) Gopeng tadi ada satu saja. Satu sahaja kesimpulan pemukiman Gopeng adalah menyerahkan sepenuh, memberi sepenuh kepercayaan kepada presiden supaya presiden boleh menentukan formula nak masukkan pemilihan parti. Itu sahaja.

“Ada janji? (penggantian) Tak ada. Di Konvensyen Selayang ada janji? Ada pengumuman macam itu? Tak ada. Dalam PAT 2024? Ada pengumuman macam itu? Tak ada.

“Yang ada hanya presiden beritahu dia akan pimpin parti ni sampai PRU-16,” katanya dalam siaran podcast KiniTV.

Isu peralihan kuasa dalam Bersatu kembali hangat apabila PAT parti itu kecoh selepas Muhyiddin mendedahkan wujud komplot mengumpul tandatangan termasuk SD bagi menjatuhkannya sebagai presiden.

2ca4fde496bc876a366f4e94d59a30c6

Keadaan bertukar tegang apabila sebahagian perwakilan melaungkan “turun Tan Sri” sebagai reaksi terhadap ucapan Muhyiddin, sebelum disambut oleh kumpulan lain dengan jeritan “hidup Tan Sri”. Pergelutan dua kumpulan itu memaksa campur tangan pasukan keselamatan untuk meleraikan suasana.

Bagaimanapun, seorang sumber yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu memberitahu Malaysiakini bahawa isu SD masih belum selesai, malah mendakwa lebih 120 ketua bahagian telah menandatangani dokumen berkenaan bagi mendesak Muhyiddin berundur.

Namun, Tun Faisal menegaskan isu itu tidak lagi relevan memandangkan Hamzah sendiri telah tampil menyatakan sokongan terbuka terhadap Muhyiddin.

“Tapi kalau Hamzah sendiri dah bagi kenyataan, terbuka menyokong, penyokong nombor satu lagi tu. Maksudnya yang lain-lain ni dah tak relevan,” katanya.

f2dcd5ecb0daade6a86c23602d51d6f1

Dalam perkembangan lain, Tun Faisal turut mengulas kenyataan Ketua Pengarah Pilihan Raya , Muhammad Md Nor, yang menyebut parti komponen dalam PN bergantung kepada pada PRU15.

dia menyifatkan kenyataan itu sebagai serangan terhadap Bersatu, dan bukannya sekadar pandangan biasa.

“Kita kena bezakan ya. Satu pandangan. Pandangan ini kita boleh hormati dan pandangan ini kita boleh bawa dalam PN.

“Yang agak berbeza ni adalah serangan. Itu tak kena, kalau nak bagi pandangan, bagilah secara matang.

“Okay kita () adalah parti yang paling kuat, kita adalah parti yang paling banyak duit. Jadi, kami nak jadi ketua,” katanya lagi.



Source link