Malaysia Oversight

Wan Fayhsal usul Unesco iktiraf Kg Baru, kampung Melayu

By MkiniBM in September 19, 2025 – Reading time 2 minute
Wan Fayhsal usul Unesco iktiraf Kg Baru, kampung Melayu


Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mengemukakan usul kepada Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul agar kampung-kampung Melayu diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia Unesco.

Dia berkata kampung Melayu bukan sekadar penempatan fizikal tetapi juga akar budaya, seni bina, tradisi, adat resam dan sistem sosial.

Katanya, hal ini menjadi asas kelangsungan hidup orang Melayu serta rakyat Malaysia keseluruhannya.

“Saya telah mengemukakan usul ini dan akan sampai ke pengetahuan Yang Di-Pertua Dewan Rakyat.

b8fbc1f1a0220467f30c99f498a79887

“Dengan itu, Dewan ini didesak untuk mengambil ketetapan supaya Persekutuan melalui Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Jabatan Warisan Negara serta agensi berkaitan segera menggerakkan usaha permohonan rasmi kepada Unesco, di samping memperkukuh kerjasama dengan negeri dan institusi-institusi tradisi di seluruh nega,” katanya.

Tahun lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata kerajaan tidak bercadang menjadikan Kampung Baru sebagai Tapak Warisan Dunia Unesco supaya rancangan pembangunan semula dapat dilaksanakan tanpa halangan.

Dia menjelaskan terdapat tiga peringkat pengiktirafan warisan dengan kriteria yang mungkin tidak dipenuhi oleh Kampung Baru.

Mengulas lanjut, Wan Fayhsal berkata pengiktirafan Unesco terhadap kawasan berkenaan akan melindunginya selain memberi pengesahan antarabangsa.

058630a590fda140c3cf3fdf3e512ff8

Menurut salinan surat kepada Johari yang dilampirkan bersama kenyataannya, ahli parlimen Machang itu mencadangkan usul agar Dewan Rakyat membincangkan pewartaan kampung Melayu, Kampung Baru, serta kampung tradisional di seluruh negara sebagai Tapak Warisan Dunia Unesco.

“Usul ini adalah perkara tertentu bagi memastikan sejarah dan identiti Malaysia sebagai negara berbilang bangsa, agama dan budaya melalui pemeliharaan tapak penempatan masyarakat yang telah lama wujud dari pengusiran, pengambil alihan, eksploitasi dan rampasan tanpa sebab.

“Usul ini juga bagi mengambil semangat dan menjunjung titah Duli Yang Maha Mulia Sultan , Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj melalui kenyataan akhbar baginda bertarikh 18 September 2025 berhubung isu Pembangunan semula tanah di Kampung Sungai Baru, Kuala Lumpur,” katanya pada surat bertarikh hari ini.

Dia merujuk kepada Peraturan Mesyuarat 18(1) dan (2) yang membolehkan ahli parlimen membincangkan perkara berkepentingan awam.

61f37026de725b9f7cccabbf44c5175e

Semalam, Sultan mengingatkan pihak berkepentingan dalam projek pembangunan semula di kawasan Kampung Baru supaya mengutamakan kepentingan orang Melayu.

Menekankan warisan dan peranan sejarah Kampung Baru sebagai perkampungan Melayu mesti dipelihara, baginda bertitah isu tersebut perlu ditangani dengan berhati-hati dan penuh kebijaksanaan.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Titiwangsa, Johari Abdul Ghani berkata dia akan bertemu Perdana Menteri Ibrahim dan Zaliha bagi memastikan hartanah yang dibangunkan semula di Kampung Sungai Baru hanya boleh dibeli oleh orang Melayu.

Jaminan menteri perladangan dan komoditi itu dibuat selepas bailif mahkamah bersama beberapa agensi berkaitan mengadakan operasi mengusir penduduk di Kampung Sungai Baru, sebuah kawasan penempatan di dalam Kampung Baru.

4f284b4f1df017147c294b35eaaee25d

Pengusiran itu mendapat tentangan sehingga mengakibatkan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Sulizmie Affendy Sulaiman cedera dalam kekecohan.

Operasi tersebut dilaksanakan susulan perintah mahkamah bagi memudahkan pembangunan semula kawasan itu oleh KL City Gateway Sdn Bhd.



Source link