USM Perkenalkan Aplikasi CaknaStrok Sebagai Inisiatif Digital Bantu Penjaga Pesakit Strok
Amy Maizuraa
Universiti Sains Malaysia (USM) telah memperkenalkan aplikasi CaknaStrok untuk membantu penjaga dan pesakit strok di seluruh Malaysia. Aplikasi ini dibangunkan oleh Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) USM dengan kerjasama penyelidik tempatan dan antarabangsa termasuk dari London School of Hygiene and Tropical Medicine serta beberapa institusi kesihatan di Malaysia.

Sumber gambar – Kosmo
Melalui aplikasi ini, pengguna boleh mengakses pelbagai panduan harian yang merangkumi aspek pemakanan, postur badan, terapi pertuturan, kebersihan diri, fisioterapi, pengurusan ubat, sokongan emosi serta pembelian peralatan kesihatan. Panduan dalam aplikasi ini turut disediakan dalam bentuk video bagi memudahkan penjaga memahami kaedah penjagaan pesakit strok di rumah dengan lebih jelas.

Selain itu, aplikasi ini menawarkan saluran perbualan khas antara pesakit dan petugas kesihatan bagi memastikan proses pemulihan berjalan lancar. Aplikasi CaknaStrok boleh dimuat turun secara percuma melalui Google Play Store dan Apple App Store.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.