Malaysia Oversight

Lebih 400 artis sertai boikot sasar Israel

By MkiniBM in September 19, 2025 – Reading time 1 minute
Lebih 400 artis sertai boikot sasar Israel


Lebih 400 penyanyi dan artis dari seluruh dunia menyertai boikot budaya yang bertujuan menarik karya muzik mereka daripada platform penstriman digital Israel sebagai protes terhadap genosid berterusan di Semenanjung Gaza, lapor Anadolu Ajansi.

Imej rakyat Palestin – khususnya kanak-kanak – yang menderita kelaparan akibat serangan berterusan Israel telah mencetuskan kemarahan global yang semakin meningkat serta gesaan untuk bertindak.

Menurut akhbar Haaretz, inisiatif itu dilancarkan dengan slogan “No Music for Genocide”, menyeru para artis menarik keluar karya mereka dari platform Israel sebagai bentuk protes.

Antara yang menandatangani termasuk kumpulan terkenal Britain Massive Attack, kumpulan Scotland Primal Scream, band indie Amerika Syarikat Japanese Breakfast, penyanyi-penulis lagu AS Carole King, bintang pop Jepun Rina Sawayama, serta seniman Denmark MØ.

a0ce1753baf851ba3bdd469b0ca0822b

Dalam kenyataan, penganjur kempen berkata boikot itu bertujuan memberi tekanan kepada syarikat rakaman utama – termasuk Sony, Universal dan Warner – supaya mengikut langkah yang pernah diambil selepas pencerobohan Rusia ke atas Ukraine dengan mengenakan tindakan serupa terhadap Israel.

“Budaya tidak dapat menghentikan bom dengan sendirinya. Tetapi ia boleh menolak penindasan politik, mengubah pendapat umum ke arah keadilan, dan menolak usaha “art-washing” serta normalisasi oleh mana-mana syarikat atau negara yang melakukan jenayah terhadap kemanusiaan,” menurut kenyataan itu.

Boikot tersebut adalah sebahagian daripada gelombang protes budaya, sukan dan seni di seluruh dunia terhadap serangan berterusan Israel di Gaza.

– Bernama-Anadolu



Source link