Malaysia Oversight

‘Muafakat Nasional gagal kerana komplot Anwar-Zahid’

By MkiniBM in September 19, 2025 – Reading time 2 minute
‘Muafakat Nasional gagal kerana komplot Anwar-Zahid’


Bekas anggota Jawatankuasa Pusat, Mohd Zuhdi Marsuki menegaskan keruntuhan Muafakat Nasional (MN) berpunca daripada hubungan rapat Presiden Ahmad Zahid Hamidi dengan Presiden PKR Ibrahim.

Menurutnya, kegagalan itu bukan berpunca daripada kesilapan seperti yang didakwa oleh Setiausaha Agung Asyraf Wajdi Dusuki.

884c9d980b61310728732e719883dea5

“Sehari dua ini, Setiausaha Agung , Asyraf Wajdi Dusuki, telah membangkitkan kembali punca-punca keruntuhan MN. Dia sekali lagi menuduh sebagai punca utamanya, malah PAS dituduh menikam Umno dari belakang.

“Asyraf juga mendakwa tindakan PAS secara senyap-senyap menjadi penaja Perikatan Nasional (PN) dengan membelakangkan keputusan bersama di dalam mesyuarat jawatankuasa induk MN, sebagai titik mula keruntuhan MN.

“Jelas sekali, dia cuba meyakinkan khalayak punca-punca keruntuhan MN menurut versi beliau.” katanya dalam satu kenyataan di Facebook, hari ini.

Namun menurut Zuhdi, faktor sebenar yang meruntuhkan piagam politik Melayu-Islam itu ialah komplot Zahid dan yang terbongkar melalui surat kepada Yang di-Pertuan Agong serta rakaman audio yang bocor.

“Komplot itu adalah untuk menumbangkan bersama PAS, Umno dan Bersatu.

“Sebenarnya, tindakan seperti ini yang boleh disebut benar-benar menikam rakan daripada belakang,” katanya.

959a16c620388255f471002c79dc15dc

Zuhdi berkata ketika itu PAS tidak bertindak gopoh, malah tidak menyerang Umno secara terbuka walaupun berdepan dengan kekecewaan besar.

“Setakat ingatan saya, PAS tidak bertindak gopoh apabila presiden Umno menikam PAS dan Bersatu dari belakang. Wakil-wakil PAS hanya menyentuh perkara ini seperti angin lalu sahaja di dalam mesyuarat,” katanya.

Semalam, dalam catatan ringkas di media sosial, Zuhdi memberi gambaran bahawa PN kini berada dalam keadaan “mulai tenat.”

Menurutnya, PAS membentuk beberapa gabungan politik dalam tempoh sedekad lalu.

Katanya daripada tiga gabungan politik yang disertai PAS, dua sudah “berkubur.”

“Dalam tempoh 10 tahun, PAS telah membentuk tiga gabungan politik – Gagasan, MN dan PN.

“Dua telah berkubur, satu sudah mulai tenat,” katannya.

5e10289058fb4fbe78eedcddee9f10f1

Untuk rekod PAS bukanlah asing kepada langkah mengadakan gabungan politik. Sebelum Gagasan, MN dan PN, parti itu pernah menubuhkan Angkatan Perpaduan Ummah bersama Parti Semangat 46 dan Pakatan Rakyat (bersama PKR dan DAP).

Dalam hantarannya hari ini Zuhdi turut menegaskan bahawa “chemistry” hubungan Zahid dan telah lama wujud sejak sebelum era Reformasi 1998.

Katanya, ini kembali mempengaruhi halatuju Umno semasa MN masih wujud.

“Malangnya, keintiman hubungan presiden Umno dan presiden PKR tidak berakhir di situ… politik Malaysia digemparkan apabila terbocornya perbualan telefon antara ‘cikgu’ dan ‘murid’, yang mengatur halatuju politik Umno ketika itu,” katanya.

31daf1cab2d397d5d50165dfe1da377a

Menurutnya, pimpinan serta ahli Umno mungkin tidak menyedari bahawa halatuju parti mereka akhirnya dipengaruhi hubungan dua tokoh berkenaan, sekaligus memutuskan masa depan MN.

Zuhdi menutup kenyataan itu dengan mendakwa pihak yang paling berharap MN berkubur ialah Pakatan Harapan, khususnya PKR, namun aktor sebenar yang menjayakannya datang dari dalam Umno sendiri.



Source link