Malaysia Oversight

Huawei Melancarkan Atlas 950 dan Atlas 960 Yang Dilengkapi Sehingga 1 Juta CIP AI Ascend

By Amanz in September 19, 2025 – Reading time 1 minute
Huawei Melancarkan Atlas 950 dan Atlas 960 Yang Dilengkapi Sehingga 1 Juta CIP AI Ascend


Huawei Melancarkan Atlas 950 dan Atlas 960 Yang Dilengkapi Sehingga 1 Juta CIP AI Ascend

September 19, 2025
Huawei
Kecerdasan Buatan

Effi Saharudin

Huawei melancarkan Atlas 950 SuperPoD, Atlas 960 SuperPoD, Atlas 950 SuperCluster dan Atlas 960 SuperCluster yang merupakan kluster komputer yang dibangunkan untuk melatih model kecerdasan buatan (AI). Kesemuanya adalah alternatif buatan tempatan kepada cip AI keluaran syarikat luar seperti NVIDIA dan AMD.

Huawei Atlas 950 SuperPoD

Atlas 950 SuperPoD dilengkapi 8,192 NPU Ascend NPU manakala Atlas 960 SuperPoD pula dilengkapi 15,488 NPU Ascend NPU. Huawei megatakan SuperPoD mereka adalah yang paling berkuasa di dunia pada ketika ini.

Huawei Atlas 950 SuperCluster

Atlas 950 SuperCluster pula adalah sistem yang lebih berkuasa dilengkapi 500,000 BPU Ascend dengan Atlas 960 SuperCluster dilengkapi 1 juta NPU Ascend. Kali ini Huawei mengatakan ia bakal memintas kemampuan sistem SuperCluster lain di pasaran.

Sejak beberapa minggu kebelakangan ini menyarankan syarikat tempatan untuk tidak lagi membeli cip AI keluaran NVIDIA dan menghentikan ujian untuk cip baharu yang sedang dibangunkan. Sebaliknya penggunaan cip tempatan disarankan bagi memastikan ekosistem AI tidak tergugat sekiranya Amerika mengenakan halangan teknologi lebih ketat di masa hadapan.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link