Malaysia Oversight

Agensi Risikan James Bond Melancarkan Web Gelap Untuk Merekrut Ejen Asing

By Amanz in September 19, 2025 – Reading time 1 minute
Agensi Risikan James Bond Melancarkan Web Gelap Untuk Merekrut Ejen Asing


Agensi Risikan James Bond Melancarkan Web Gelap Untuk Merekrut Ejen Asing

September 19, 2025
Lain-lain
Sekuriti
Web 2.0

Effi Saharudin

Dalam buku oleh Ian Fleming, ejen risikan terkemuka James Bond direkrut oleh agensi MI6 semasa beliau bertugas dengan Tentera Laut Diraja. Walaupun James Bond sekadar fiksyen, MI6 ialah agensi yang benar-benar wujud dengan ejen moden juga direkrut dalam kalangan golongan profesional di luar dunia ketenteraan.

James Bond

Dengan landskap dunia yang semakin berubah, teknik merekrut ejen MI6 juga perlu bergerak seiring dengan peredaran zaman. Minggu ini MI6 melancarkan laman web gelap Silent Courier yang boleh digunakan sesiapa sahaja menjadi ejen asing untuk United Kingdom.

Maklumat dan aktiviti rahsia boleh dilaporkan kepada Mi6 oleh sesiapa sahaja yang berminat. Menurut ketua MI6, Richard Moore laman web gelap ini memudahkan maklumat dihantar dengan selamat tidak kira di mana mereka berada. Maklumat bagaimana Silent Courier boleh digunakan akan dimuat naik menerusi laman YouTube rasmi MI6 tidak lama lagi.

Siapa sangka laman web gelap yang selama ini digunakan penjenayah siber, pengedar dadah, pedofil dan pengganas kini digunakan pula oleh agensi risikan rasmi UK untuk mengorek maklumat rahsia

Reuters

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link